Varian Lambda cetus kebimbangan

Lambda mempunyai tujuh mutasi protein lonjakan yang unik untuk menjangkiti sel manusia.
Lambda mempunyai tujuh mutasi protein lonjakan yang unik untuk menjangkiti sel manusia.
A
A
A

TORONTO - Virus bermutasi baharu yang dirujuk sebagai varian perlu mendapat perhatian (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang diteliti pakar selepas lebih banyak kes jangkitan dilaporkan dan dikhuatiri lebih berbahaya daripada varian Delta dari India yang mudah berjangkit.

"Lambda telah dikaitkan dengan kadar penularan komuniti yang substantif di beberapa negara. Ia membawa sejumlah mutasi yang meningkatkan potensi penularan atau membentuk tentangan terhadap peneutralan antibodi," ujar agensi kesihatan global itu menerusi Weekly Epidemiological Update diterbitkan pada 15 Jun lalu.

Di United Kingdom (UK), Lambda dirujuk sebagai varian di bawah siasatan (VUI) pada 23 Jun lalu setelah lapan kes jangkitan melibatkan virus bermutasi itu dikenal pasti di seluruh negara.

Jabatan Kesihatan Awam England (PHE) dalam satu kenyataan menjelaskan tiada bukti menunjukkan Lambda menyebabkan penyakit lebih teruk atau menjadikan vaksin yang digunakan ketika ini kurang efektif.

Menurut kajian diterbitkan pada minggu lalu, Lambda dikatakan mempunyai tujuh mutasi protein lonjakan yang unik untuk menjangkiti sel manusia.

Sementara itu, penyelidik di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kajian mereka mendapati vaksin sedia ada yang menggunakan teknologi mRNA dan digunakan secara meluas untuk program vaksinasi global adalah berkesan terhadap varian Lambda walaupun banyak pakar menzahirkan kebimbangan.

Saintis daripada New York University Grossman School of Medicine itu mendakwa laporan itu juga menunjukkan koktel antibodi monoklonal efektif terhadap varian Lambda. - Agensi

Artikel Berkaitan: