Rina mohon maaf suap makan anak artis

Rina Harun memohon maaf atas tindakannya menyuapkan makanan kepada anak perempuan ahli kumpulan Caliph Buskers, Fendi Adlun ketika menyantuni keluarga tersebut, baru-baru ini.
Rina Harun memohon maaf atas tindakannya menyuapkan makanan kepada anak perempuan ahli kumpulan Caliph Buskers, Fendi Adlun ketika menyantuni keluarga tersebut, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memohon maaf atas tindakannya menyuapkan makanan kepada anak perempuan ahli kumpulan Caliph Buskers, Fendi Adlun ketika menyantuni keluarga tersebut, baru-baru ini.

Beliau mengakui bahawa tindakannya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menyantuni keluarga terbabit menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

“Terima kasih sekali lagi buat komen-komen membina yang diberikan dalam usaha memperbaiki tugasan, amanah dan tanggungjawab kebajikan yang saya usahakan.

“Saya memohon maaf sekali lagi atas kelemahan yang terjadi,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Sabtu ketika mengulas mengenai tindakannya itu yang mendapat perhatian pelbagai pihak di media sosial.

Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kanak-kanak tersebut yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan autisme berada dalam keadaan kurang ceria ketika beliau tiba untuk menyantuni keluarga terbabit yang tinggal di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Keperitan hidup Fendy Caliph Buskers dapat perhatian kerajaan

“Namun kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa. Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dengan menyuapkan makanan kepada anaknya.

“Hati saya mula tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut ‘nak aunty (mak cik) suap...’ kepada saya.

Artikel Berkaitan:

“Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dalam menzahirkan rasa kasih saya sebagai seorang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi kepada insan yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Tambah Rina, sepanjang tempoh lawatannya dalam menyantuni golongan sasar itu, beliau sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri seperti kerap membersihkan tangan dan mengamalkan norma baharu.