X

Kindly register in order to view this article
!

Judi online: Polis tahan empat lelaki di Sungai Petani

A
A

ALOR SETAR - Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit menjalankan aktiviti perjudian dalam talian menerusi serbuan di tiga lokasi sekitar Bukit Bayan dekat Sungai Petani pada malam Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Senior Asisten Komisioner Suresh Kumar berkata, serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari IPK Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Serbuan membabitkan tiga buah rumah itu telah membawa kepada penahanan empat lelaki yang berumur antara 20 hingga 30-an. Polis turut merampas enam telefon bimbit, tiga set komputer, satu komputer riba, satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM170.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan mempromosikan dan menjalankan perjudian dalam talian dengan menggunakan laman sesawang ‘Mega888.com’. Dipercayai mereka telah beroperasi sejak setahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sindiket itu mampu memperoleh keuntungan RM3,000 hingga RM5,000 sehari dan sehingga kini telah mendapat keuntungan antara RM700,000 hingga RM900,000.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis Kedah akan terus menjalankan operasi bagi membanteras perjudian di negeri ini dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah perjudian di talian 04-7326999 atau 04-7741403,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!