Selangor salur RM1,000 bantuan khairat kematian Covid-19

Infografik mengenai bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 bagi kematian disebabkan Covid-19 di Selangor.
Infografik mengenai bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 bagi kematian disebabkan Covid-19 di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 bagi kematian disebabkan Covid-19.

Pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan itu selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.

Menurutnya, sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada inisiatif itu dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

"Syarat permohonan bagi inisiatif bantuan khairat kematian RM1,000 mestilah warganegara Malaysia, pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di negeri ini atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.

"Mestilah disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kenyataan itu memaklumkan, syarat lain ialah meninggal dunia di negeri ini pada tahun ini dan ke atas serta terhad kepada satu permohonan bagi satu keluarga sahaja.

Jelas kenyataan itu, permohonan bagi bantuan itu akan dibuka bermula Isnin sehingga 12 Ogos 2021, menerusi laman web https://www.selangorprihatin.com.

"Penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan itu boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600.