X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes baharu di Sarawak kembali catat bawah 300

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUCHING - Kes harian baharu Covid-19 di Sarawak menunjukkan penurunan dengan 270 jangkitan dicatatkan pada Ahad berbanding 352 semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Jumlah kes pada Ahad menyaksikan Sarawak kembali mencatatkan jumlah kes baharu harian di bawah paras 300 selepas beberapa hari mencatatkan kes melebihi 300.

Menurut JPBN, daripada keseluruhan kes positif pada Ahad, sebanyak 169 kes merupakan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif Covid-19, manakala 49 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada dan 48 kes merupakan saringan di fasiliti kesihatan.

“Empat kes adalah kes import A (datang atau balik dari luar negara),” menurut JPBN dalam satu kenyataan pada Ahad. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!