Cuaca panas: Sekolah disaran kurangkan aktiviti luar

Abdul Aziz Bari
Abdul Aziz Bari
A
A
A

IPOH - Semua sekolah di Perak dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar kelas berikutan suhu tinggi yang melanda negara pada masa kini.

Exco Pendidikan,Teknolgi, Sains dan Alam Sekitar Negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, rekod suhu yang mencecah hingga 35 darjah celcius dibimbangi boleh menyebabkan strok haba kepada kalangan pelajar.

“Saya telah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk meminta semua sekolah meminimumkan aktiviti luar kelas bagi mengelak pelajar terdedah cuaca panas yang terlalu lama.

“Kanak-kanak terutamanya pelajar yang terdedah dengan panas terlalu lama lebih mudah terkena strok haba,” katanya.

Pihaknya menyokong usaha sebahagian sekolah yang mengambil langkah kempen minum air masak.

“Kempen seperti ini amat membantu ketika cuaca panas seperti ini. Selain sekolah, saya juga harap ibu bapa dapat membantu memastikan kesihatan anak mereka sepanjang musim panas ini dengan memberi mereka banyak minum air selain menghadkan masa anak mereka di luar rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan: