Penternak mahu pinjam RM46,000 tapi lesap lebih RM15,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Seorang penternak diperdaya hampir RM20,000 oleh individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil dari sebuah bank berdaftar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, wanita berusia 24 tahun itu difahamkan menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada suspek pada 3 Julai lalu yang mempromosikan tawaran pinjaman kewangan memandangkan kebetulan penternak dari Dungun itu berhasrat memperbesarkan projek perusahaan ternakannya.

Beliau berkata, suspek berjaya meyakinkan mangsa bahawa dia wakil bank berkenaan dan pinjaman mempunyai kadar faedah yang rendah menyebabkan mangsa tertarik untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM46,000.

“Mangsa mendakwa membuat beberapa bayaran secara dalam talian ke beberapa akaun yang diberikan suspek kononnya sebagai tanda setuju membuat pinjaman pada Sabtu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

M Zambri berkata, mangsa mendakwa menjelaskan pelbagai bayaran yang diminta suspek secara berperingkat ke dalam pelbagai akaun bank berbeza yang akhirnya mencecah RM15,519.07 menyebabkan dia mula berasa curiga dengan suspek.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dungun untuk siasatan lanjut, pada Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: