Pertanian bandar perlu kelulusan PBT

Mahani (tiga, kanan)mengiringi Zuraida (empat,kanan) ketika melancarkan kad pintar MPHTJ di Melaka Mall, Ayer Keroh di sini.
Mahani (tiga, kanan)mengiringi Zuraida (empat,kanan) ketika melancarkan kad pintar MPHTJ di Melaka Mall, Ayer Keroh di sini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Setiap projek pertanian bandar melibatkan tanah lapang dalam kawasan perumahan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kelulusan itu penting sebagai syarat utama bagi melaksanakan aktiviti gaya hidup sihat selain memastikan penduduk tidak melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, kementeriannya menyambut baik saranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menggalakkan program pertanian bandar dengan memanfaatkan serta memaksimumkan penggunaan tanah lapang di kawasan taman sekali gus mengelak masalah tanah terbiar hingga mengundang isu lain termasuk menjadi tempat tinggal habitat berbisa.

Malah, katanya, perancangan berkenaan telah pun dimasukkan dalam Local Agenda 21 (LA21) dan pihaknya berharap amalan itu akan dapat diperluaskan dengan melibatkan komuniti penduduk berskala besar termasuk masyarakat pelbagai bangsa dengan kerjasama PBT kawasan mereka.

"Kelulusan itu mesti dapatkan dulu, jadi tanah yang mereka cadangkan mesti dapat kelulusan untuk dimanfaatkan dari terbiar dan jadi semak.

"Maka komuniti setempat boleh menguruskan dengan membangunkan dan membudayakan pertanian bandar di taman-taman perumahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Pintar Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Ayer Keroh di sini, semalam.

Beliau mengulas galakan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub agar PBT melaksanakan pertanian bandar.

Dalam pada itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata MPHTJ merupakan PBT pertama di negara ini yang mengaplikasikan kad pintar itu sebagai medium memudahkan pelbagai urusan pelanggan yang boleh dibuat melalui dalam talian.

Artikel Berkaitan:

"Kad pintar yang menggunakan sistem pembayaran bil secara elektronik wajar diperluas ke seluruh PBT khususnya di negeri-negeri besar seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor," katanya.