Benjy meninggal dunia akibat asma

Benjy Ibrahim
Benjy Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy meninggal dunia jam 11 pagi Ahad di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat asma.

Menurut kenyataan keluarga Benjy, pihaknya telah menerima panggilan daripada penjara Medan memberitahu Benjy tidak dapat bernafas akibat asma lebih kurang jam 11 pagi dan telah dibawa ke hospital tetapi tidak sempat diselamatkan.

Benjy yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty dikatakan telah lama mengalami penyakit kronik asma dan penyakit paru-paru serta kerap dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami sekeluarga mengizinkan pihak penjara Medan mengebumikan jasad di sana dan urusan pengebumian akan dijalankan esok.

“Kami amat berterima kasih dan terharu atas semua bantuan serta sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak selama ini.

“Harap maklum bahawa Benjy turut menghargai anda semua,” menurut kenyataan keluarga Benjy.

Artikel Berkaitan: