Siasatan SPRM tidak jejaskan pengurusan AKSB: Ahmad

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak akan menjejaskan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengambil maklum mengenai siasatan tersebut dan akan memberi kerjasama penuh.

"Siasatan dijalankan ke atas bekas pengurus besar (AKSB), jadi tidak ada masalah kepada pengurusan AKSB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan di sini pada Ahad.

Jumaat lepas, Bernama melaporkan SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengurus besar AKSB antara 3 ditahan kes rasuah lebih RM27 juta

AKSB: Kelantan beri kerjasama penuh

Artikel Berkaitan: