Covid-19: Brazil lapor 1,205 lagi kematian

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SAO PAULO - Brazil mencatat 1,205 lagi korban akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan seramai 532,893, kata kementerian kesihatan pada Sabtu.

Sebanyak 48,504 kes baharu dilaporkan menyaksikan angka keseluruhan kes kini mencecah 19,069,003, lapor Agensi Berita Xinhua.

Brazil negara kedua di dunia yang mencatatkan angka korban tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dan jumlah kes ketiga terbanyak di belakang AS dan India.

Negara Amerika Selatan itu dilanda gelombang jangkitan baharu menyebabkan hospital kini penuh dengan pesakit Covid-19 dan kadar kematian di negara ini 253 per 100,000 penduduk.

Pada Sabtu, 112.9 juta penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala lebih 29.9 juta telah lengkap divaksin. - Bernama

Artikel Berkaitan: