324,745 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi pada Sabtu: Dr Adham

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.

Menerusi hantaran di Twitter pada Ahad, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi pada Sabtu ialah Selangor dengan 78,081 orang, disusuli Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).

Sehingga Sabtu katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645. - Bernama

Artikel Berkaitan: