Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik 1.13, Putrajaya tertinggi

Petugas kesihatan menguruskan sampel ujian ketika mengesan kes aktif (ACD) Kluster Titian yang melibatkan komuniti di kawasan Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kampung Muslim Labuan pada Jumaat. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan apabila mencatatkan 1.13 pada Sabtu berbanding 1.11 hari sebelumnya.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.20, dikuti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Kedah.

Tujuh lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.0 ke 1.11 iaitu Perak, Sabah, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Sementara Perlis, Kelantan, Labuan dan Sarawak mencatat kadar R-naught di bawah 1.0.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Artikel Berkaitan: