Perkhidmatan rawatan pesakit luar HTAR ditutup

Pemakluman rawatan pesakit luar HTAR dikongsikan di Facebook hospital berkenaan pada Sabtu.
Pemakluman rawatan pesakit luar HTAR dikongsikan di Facebook hospital berkenaan pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Semua perkhidmatan rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ditutup sepenuhnya sejak Jumaat lalu sebagai persediaan menghadapi pengurusan pesakit Covid-19.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, antara perkhidmatan terjejas adalah klinik pakar pesakit luar di Kompleks Rawatan Harian (ACC) serta perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan cara kerja di bangunan utama.

Menurutnya, pesakit yang mempunyai janji temu di klinik pakar dinasihatkan tidak hadir ke hospital sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

"Sehubungan dengan itu, pegawai perubatan akan dipertanggungjawab memantau dan menyusun semula janji temu pesakit termasuk pemberian preskripsi baru bagi pesakit yang telah kehabisan ubat.

"Tarikh baharu bagi janji temu dan pengambilan ubat di farmasi akan diberikan oleh pihak hospital kepada pesakit melalui sistem pesanan ringkas (SMS)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Justeru itu katanya, pesakit dinasihat peka dengan notifikasi yang diberikan melalui SMS bagi mengelak mereka terlepas tarikh janji temu baharu atau terputus bekalan ubat sepanjang tempoh penutupan perkhidmatan itu.

Artikel Berkaitan: