SPRM cari Ahmad Razini

Ahmad Razini dicari SPRM bagi membantu siasatan
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu melengkapkan siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata, lelaki tersebut dikenali, Ahmad Razini Md Rais berusia 39 tahun.

"Alamat terakhirnya di 26, Jalan Jelita, Taman Suliana, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penguasa, Nordinansah Kasim di talian 019-589 5919 atau e-mel kepada [email protected].my," katanya.