Pemain sektor peruncitan, pengedaran digesa daftar RiVAC

Rosol ketika meninjau Program Outreach Vaksinanasi di Politeknik Hulu Terengganu pada Sabtu.
Rosol ketika meninjau Program Outreach Vaksinanasi di Politeknik Hulu Terengganu pada Sabtu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Pemain sektor peruncitan dan pengedaran diminta segera mendaftar di bawah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mempercepatkan proses vaksinasi.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu bagi memastikan 500,000 pekerja dalam sektor berkenaan tidak tercicir seterusnya membendung penularan Covid-19.

Beliau berkata, pendaftaran sektor itu penting kerana kumpulan itu antara barisan hadapan yang sering berdepan dengan pelbagai lapisan pengguna.

"Antara prosedur perlu dilalui ialah mereka perlu daftar dengan kami (KPDNHEP), maknanya setiap yang berdaftar dengan kami akan direkod bagi melalui proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Proses ini akan dilakukan secara teratur dan sistematik," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Program Outreach Vaksinanasi di Politeknik Hulu Terengganu, pada Sabtu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur dan akan meluaskan RiVAC ke peringkat negeri.

"Kita akan meluaskan program ini secara menyeluruh ke seluruh negara bukan tertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja.

"Kita harap pihak terlibat dalam industri peruncitan dan pengedaran ini yang mengalami masalah dapat memaklumkan kepada kita untuk kita bantu seterusnya memastikan semua berada dibawah sektor peruncitan dan pengedaran barang-barang segera divaksin.

Artikel Berkaitan: