Pejuang bukan ancaman kepada Bersatu: Rosol

Rosol
Rosol
A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diluluskan pada Khamis bukan ancaman terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, ia berdasarkan persamaan matlamat dan hala tuju kedua-dua kedua parti itu.

"Pada saya Pejuang bukan kerana Pejuang lahir daripada Bersatu. Apabila kita bertindak atas satu matlamat dan tujuan, ia bukan satu pertembungan.

"Saya percaya, dengan adanya Perjuang akan memantapkan lagi politik sekali gus dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinet sedia untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita selepas Program Outreach Vaksin Covid-19 di Politeknik Hulu Terengganu, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rosol tidak menafikan penyertaan Pejuang dalam Perikanan Nasional (PN) malah mengakui tiada yang mustahil dalam dunia politik.

"Dalam politik ini tiada yang mustahil, maknanya semua boleh berlaku Pas dan UMNO sudah bertelagah sejak 60 tahun akhirnya boleh berbaik, begitu juga parti lain.

"Tapi buat masa ini tugas utama yang perlu ditumpukan isu keselamatan rakyat dan mengekang penularan Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pejuang sah sebagai parti politik

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rosol menepis kempen tular dengan #kerajaangagal mengawal pandemik Covid-19.

"Sebenarnya kerajaan tidak gagal, apa yang berlaku ialah apabila lebih banyak proses saringan dilakukan semakin banyak kes dapat dikesan dan dikawal daripada terus merebak.

"Kadar kes yang tinggi bukan satu petanda yang menunjukkan sesebuah kerajaan gagal sebaliknya menggambarkan usaha mengesan lebih banyak jangkitan Covid-19," katanya.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan parti tersebut secara rasminya didaftarkan sebagai parti politik pada 8 Julai 2021.

Menurutnya, kelulusan diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).