MAIS bantu golongan B40, tiada pendapatan di Kuala Langat

Dari kanan: Adlan dan Suhaimi menyerahkan set makanan asasi kepada salah satu Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS untuk diagihkan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di sekitar Kuala Langat.
Dari kanan: Adlan dan Suhaimi menyerahkan set makanan asasi kepada salah satu Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS untuk diagihkan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di sekitar Kuala Langat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan 198 set makanan kepada penduduk yang terkesan akibat Covid-19 melalui peruntukan fidyah MAIS.

MAIS menerusi satu kenyataan memaklumkan set makanan asasi berjumlah RM100 diberikan membabitkan beras, minyak, gula dan makanan kering dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19,800.

Menurut kenyataan itu, golongan yang menerima set makanan tersebut termasuk kumpulan B40, mereka yang hilang pendapatan, dibuang kerja dan dicutikan oleh majikan.

"Agihan kali ini lebih memberi tumpuan kepada penerima yang hilang punca pendapatan dan hilang pekerjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Turut hadir dalam edaran fidyah pada Sabtu ialah Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail dan Eksekutif Riqab Prihatin MAIS, Adlan Maaruf Mohd Idris.

Bantuan agihan fidyah juga disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) iaitu Sekolah Rendah Integrasi Miftahul Hikmah, Masjid Jamiul Ehsani, Masjid Al Fallah, Masjid Al Muttaqin, Masjid Al Ehsan dan Sahabat Hospital.

Dalam pada itu, MAIS turut mengalu-alukan umat Islam di Selangor yang mahu melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian untuk melayari laman sesawang http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Artikel Berkaitan: