X

Kindly register in order to view this article
!

Ketepi soal politik, fokus kebajikan rakyat di Parlimen

Wan Ahmad Fayhsal bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada artis orang kurang upaya (OKU) yang merupakan ahli kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, di Bayu Sentul Kondominium, Jalan Dato Senu Tiga, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan khas Parlimen yang dijadual mulai 26 Julai ini harus memberi tumpuan penuh kepada urusan berkaitan kebajikan rakyat dan bukannya hal politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sebarang tindakan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mengundang kepada Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, ketika negara sedang berdepan dengan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Kita semua tahu, kita perlukan PRU, tetapi bukan sekarang...Armada seru semua ahli Parlimen bersabar, bagilah Pelan Pemulihan Negara (PPN) diselesaikan...tolonglah kita selesaikan masalah Covid-19 dahulu...kesian pada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan ditemui pemberita di sini pada Sabtu, selepas melawat pemain dram kumpulan Caliph Buskers yang terjejas pendapatan sejak Januari 2020, susulan penularan Covid-19 di negara ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai manakala sidang Dewan Negara diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!