AKSB: Kelantan beri kerjasama penuh

SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019. Gambar kecil: Ahmad Yakob
SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019. Gambar kecil: Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penahanan bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam isu rasuah melibatkan projek agensi berkenaan lebih RM27 juta.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi entri di laman sosial Facebooknya pada Sabtu berkata, kerajaan Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya melalui AKSB kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata, pendekatan itu selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada dengan.

"Kita sentiasa memegang prinsip tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah dan semua pihak hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada siasatan yang sedang dibuat oleh SPRM serta tidak mendahului badan terbabit dalam hal ini," kata kenyataan itu.

Pada Jumaat media melaporkan SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas pengurus besar AKSB antara 3 ditahan kes rasuah lebih RM27 juta

Artikel Berkaitan: