'Demi Malaysia' bakar semangat atlet negara

KBS melancarkan lagu ‘Demi Malaysia’ sebagai pembakar semangat buat atlet dan rakyat Malaysia sempena Sukan Olimpik serta Paralimpik Tokyo 2020.
KBS melancarkan lagu ‘Demi Malaysia’ sebagai pembakar semangat buat atlet dan rakyat Malaysia sempena Sukan Olimpik serta Paralimpik Tokyo 2020.
A
A
A

SEBAGAI pembakar semangat buat kontinjen Malaysia yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara rasmi melancarkan lagu 'Demi Malaysia' sebentar tadi.

Sorakan 'Demi Malaysia' yang diperkenalkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 14 April lalu diangkat sebagai lagu tema rasmi kontinjen Malaysia dalam kedua-dua temasya tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementeria Belia dan Sukan (KBS) pada Sabtu, Reezal Merican memberitahu, komposisi lagu itu adalah manifestasi iltizam dan semangat seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam apa jua keadaan.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada komposer, penulis lirik serta barisan penyanyi terkenal yang menghidupkan jiwa lagu ini.

"Saya juga menghargai sokongan Ultras Malaya yang bersama-sama membangkitkan semangat rakyat Malaysia," katanya.

Untuk rekod, lagu hasil ciptaan Zimi dan lirik oleh Jerry itu dinyanyikan tiga artis popular tanah air - Datuk Awie, Jaclyn Victor dan Naim Daniel.

KBS turut mendapat kerjasama serta sokongan Ultras Malaya untuk memuatkan sorakan 'Demi Malaysia' dalam gubahan lagu terbabit.

'Demi Malaysia' diilhamkan daripada semangat juang atlet yang bakal beraksi pada temasya Olimpik dan Paralimpik manakala lagu dan lirik digubah untuk menyuntik semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia agar sederap dan selangkah memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia.

Artikel Berkaitan: