Kebenaran sektor industri perlu lepasi Jawatankuasa Teknikal MKN

Amirudin ketika sidang media di PKPD Pangsapuri Sri Ayu, di sini pada Sabtu.
Amirudin ketika sidang media di PKPD Pangsapuri Sri Ayu, di sini pada Sabtu.
A
A
A

BANGI - Segala kebenaran untuk membuka operasi sektor industri perlu melepasi perincian yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Rabu lalu perlu dinilai semula kerana keputusan itu masih belum melepasi jawatankuasa terbabit.

Menurutnya, berdasarkan keputusan yang dikeluarkan dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh MKN baru-baru ini penilaian melibatkan beberapa parameter seperti kadar jangkitan kes perlu dilakukan selain mencadangkan pembukaan sektor terbabit selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kadar vaksinasi di premis berkenaan mencapai 80 hingga 90 peratus.

"Saya percaya ini adalah usaha bersama dan masing-masing cuba untuk mengetengahkan pandangan mereka.,

"Bagaimanapun kerajaan Selangor mencadangkan supaya ia beroperasi selepas tempoh PKPD tamat dan sepanjang tempoh itu, kita akan rancang prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik.

"Kita ada program Vaksin Selangor (Selvax) dan Program Imunisasi Industri Covid-19 kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), kita bukan nak bertarung apa-apa, tetapi apa yang lebih penting mereka selamat untuk kembali bekerja," katanya ketika melawat kawasan PKPD di Pangsapuri Sri Ayu, di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih banyak sektor dibenar operasi di lokaliti PKPD di Selangor: MITI

Pada Rabu, MITI mengumumkan sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya, sektor aeroangkasa, mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan serta syarikat pembuatan makanan dan minuman utama dibenarkan untuk beroperasi di lokaliti yang dikenakan PKPD di Selangor.

Artikel Berkaitan:

MITI bertindak segera untuk melaksanakan keputusan tersebut secepat mungkin dengan mengadakan perbincangan selanjutnya dengan Menteri Kewangan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) selepas mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.