Program Kotak Sejuta Harapan bantu penduduk terjejas

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Cherami (dua dari kanan) di Pejabat JKP Zon 1 Gombak pada Sabtu.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Cherami (dua dari kanan) di Pejabat JKP Zon 1 Gombak pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 1 menyalurkan bantuan bekalan asas makanan di bawah program Kotak Sejuta Harapan pada Sabtu.

Ketua Komunikasi Media JKP MPS Zon 1, Raja Azlan Raja Abdul Aziz berkata, sebanyak 190 kotak bantuan diagihkan ke lima kampung tradisi di Gombak Setia terdiri dari Kampung Gombak Utara, Sungai Chincin, Simpang Tiga, Kampung Tengah dan Sungai Pusu.

Menurutnya, agihan disalurkan kepada mereka yang terkesan Covid-19 tanpa dikenakan sebarang syarat kelayakan.

"Semua sedia maklum, Covid-19 menyebabkan banyak sektor ditutup, peniaga tiada punca pendapatan, ramai hilang pekerjaan dan kes bunuh diri juga melonjak angkanya.

"Kita percaya semua penerima bantuan pada hari ini (Sabtu) terjejas dan memerlukan bekalan lebih daripada apa yang disumbangkan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Gimik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pemangku Yang Dipertua MPS, Cherami Tarman di Pejabat JKP Zon 1 Gombak pada Sabtu.

Menurutnya, pemberian bekalan asas makanan ini adalah bukti bahawa masih ada pihak yang prihatin terhadap masalah dan beban masyarakat.

"Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan serta meringankan beban masyarakat di zon ini.

Artikel Berkaitan:

"Marilah kita sama-sama berdoa agar pandemik ini hilang dan masyarakat menjalani kehidupan normal seperti sebelum kedatangan Covid-19, " katanya.