X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Covid-19: 9,353 kes baharu hari ini

Kes Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan 9,353 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Negara sekali lagi mencatat rekod kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 9,353 kes dilaporkan pada Sabtu. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 827,191 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih menjadi negeri yang mempunyai kes tertinggi dengan 4,277 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,398), Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251) dan Pahang (247).

“Pahang pula dilaporkan sebanyak 247 kes, diikuti Pulau Pinang (180), Perak (145), Kelantan (89), Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan Perlis (empat),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak 84,021 kes aktif yang direkodkan di seluruh negara.

Menurutnya, sebanyak 952 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 kes pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 50 kes di Selangor, lapan kes di Johor, enam kes di Pahang, masing-masing lima kes di Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan.

“Selain itu, empat kes kematian turut dilaporkan di Melaka, dua kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Labuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 29 kluster baharu Covid-19 yang telah dikenal pasti.

“Sebanyak 19 kluster melibatkan tempat kerja, diikuti lima kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi serta tiga kluster pusat tahanan,” jelasnya.

Pecahan kes baharu #COVID19, 10 Julai 2021. pic.twitter.com/JrgSlUjSeG

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 10, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!