'Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT'

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengulangi dakwaan yang dibuatnya sebelum ini bahawa kenyataan media dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disiapkan lebih awal daripada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka berpeluang mendengar apa yang diucapkan lebih 20 orang ahli MKT pada Rabu.

“Semua bercakap penuh hemah dan kebijaksanaan yang tinggi.

Ya benar, majoriti tidak bersetuju dengan tindakan melulu.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan MKT.

Sayangnya, kenyataan media sudah disiapkan lebih awal,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilaporkan bahawa majoriti ahli MKT UMNO yang menghadiri mesyuarat secara maya tidak bersetuju dengan saranan Ahmad Zahid supaya mereka menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MKT UMNO sebelum ini pada Rabu membuat keputusan menarik balik sokongan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid nafi hasil mesyuarat MKT keputusan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:30 Ahli Parlimen UMNO setuju Ahmad Zahid perlu letak jawatan