Maqis rampas 25,200 kilogram ayam sejuk beku dari Denmark

Produk hasilan haiwan iaitu keratan ayam sejuk beku bersama label pada kotak bungkusan yang dirampas Maqis Labuan.
Produk hasilan haiwan iaitu keratan ayam sejuk beku bersama label pada kotak bungkusan yang dirampas Maqis Labuan.
A
A
A

LABUAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Labuan menahan sebuah kontena yang mengandungi muatan sebanyak 25,200 kilogram ayam sejuk beku dari Denmark.

Produk hasilan haiwan bernilai RM246,400 itu ditahan di Pelabuhan Dermaga dan Merdeka pada 30 Jun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Maqis Labuan, pemeriksaan mendapati produk yang dikemukakan dengan Permit Import sudah tamat tempoh.

"Kegagalan pengimportan keluaran pertanian tanpa Permit Import yang sah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011(Akta 728).

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000.00 atau penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Sehubungan itu, Maqis mengingatkan pengimport dan pengeksport supaya lebih peka dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan selain memastikan keselamatan makanan di negara ini terjamin dan selamat.

Artikel Berkaitan: