Chiellini tahu cara hentikan Kane

CHIELLINI
CHIELLINI
A
A
A

PERTAHANAN Itali, Giorgio Chiellini mempunyai cara untuk menghentikan penyerang sensasi England, Harry Kane dalam aksi final Euro di Stadium Wembley pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, dia mengetahui corak permainan Kane namun menegaskan memerlukan fokus yang cukup tinggi sepanjang perlawanan sekiranya mahu merantai kelibat penyerang itu.

"Ia sudah semestinya sukar, sangat sukar. Saya sentiasa sukakan Kane. Saya masih ingat salah satu perlawanan pertamanya bersama England. Ketika itu, kami menentang England di Turin dengan Kane bermain dan kami seri 1-1 pada 2015.

"Dia telah menunjukkan prestasi luar biasa ketika perlawanan itu. Saya sangat bertuah kerana pernah juga bermain menentangnya di peringkat kelab. Dia tahu bagaimana untuk bermain dengan memisahkan barisan pertahanan serta bijak melakukan lorongan. Dia mampu melakukan tandukan, sepakan jarak jauh dan dekat," katanya.

Selepas permulaan hambar dalam aksi peringkat kumpulan, Kane mula bangkit dan ketika ini telah mengumpul empat gol sepanjang aksi kalah mati Euro 2020.

Sekiranya penyerang Tottenham Hotspur itu mampu untuk menjaringkan gol dalam perlawanan akhir, dia berpeluang untuk merangkul anugerah Kasut Emas dalam kejohanan kali ini.

Dalam masa sama, Chiellini yang turut berada pada prestasi terbaik di benteng pertahanan Itali turut mahu rakan sepasukannya menumpukan kepada permain lain dalam pasukan England yang mampu mencipta perbezaan dalam perlawanan tersebut.

"England bukan hanya bergantung kepada Kane kerana mereka memiliki pemain sayap yang berkualiti dan pemain gantian mereka juga mampu untuk mengisi kesebelasan utama yang boleh memenangi pertandingan ini.

Artikel Berkaitan:

"Pemain-pemain seperti Jack Grealish, Jadon Sancho, Amrcus Rashford, Dominic Calvert-Lewin, Phil Foden dan mereka di bangku simpanan tetap berbahaya dan berkualiti.

"Ia akan menjadi perlawanan hebat. Kedua-dua pasukan tidak akan takut tetapi kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain," katanya.