Tujuh pelajar hasilkan 'tong sampah laut'

Nurul Syaahidah menunjukkan alat yang dinamakan 'seabin' yang dihasilkan dalam tempoh dua minggu.
Nurul Syaahidah menunjukkan alat yang dinamakan 'seabin' yang dihasilkan dalam tempoh dua minggu.
A
A
A

MELAKA - Tujuh pelajar jurusan Ijazah Sarjana muda Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memanfaatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 untuk menghasilkan tong sampah laut yang namakan seabin.

Mereka ialah Nur Qurratu’Aini Kamarudin, Nur Izzati Roslan, Norlatifah Dahlan, Nurul Syaahidah Aulia Sham, Nurshafiqah Balqis Mohd Adzhar Nur Liyana Bekri dan Muhammad Amirul Afya Mohd Sapei.

Wakil pelajar, Nur Qurratu’Aini, 22, berkata, mereka mengambil tempoh dua minggu untuk menghasilkan alat yang berfungsi sebagai penyedut dan perangkap sampah sekali gus mampu mengurangkan masalah pencemaran air seperti sisa makanan, botol plastik dan daun kering.

Menurutnya, perancangan awal mereka mahu meletakkan alat terbabit di kawasan pantai negeri ini namun kerana pelaksanaan PKP, mereka sekumpulan terpaksa melakukan kajian di saluran air seperti longkang perumahan.

"Kami memperkenalkan seabin kepada komuniti melalui media sosial untuk menjaga saluran air termasuk longkang serta perparitan bagi mengelakkan dipenuhi sampah sehingga mengakibatkan banjir, " katanya yang menetap di Masjid Tanah.

Ujarnya, survei yang dilakukan mendapati kira-kira 84.8 peratus kurang mengetahui alat itu dan mereka akan terus mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai impak pencemaran air.

Katanya, usaha berkenaan secara tidak langsung membantu hidupan laut terutama penyu karah yang sering mendarat di pantai negeri ini mati kerana tersangkut sampah.

"Sembilan kes penyu ditemui mati di pesisir pantai di Melaka dalam tempoh tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap projek yang dihasilkan bermodalkan RM50 ini dapat diterima dan mengurangkan masalah sampah sarap di pesisir pantai dan sistem saliran," katanya.