X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Djokovic hampiri gelaran Grand Slam ke-20

Djokovic meraikan kejayaannya mara ke final Kejohanan Wimbledon pada awal pagi Sabtu.
A
A

JAGUH Serbia, Novak Djokovic mara ke pentas final Kejohanan Wimbledon buat kali ketiga berturut-turut selepas menyingkirkan pemain muda Kanada, Denis Shapovalov awal pagi Sabtu.

Tampil selaku pemain nombor satu dunia, Djokovic dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan 7-6 (7/3), 7-5, 7-5 dalam aksi separuh akhir di Centre Court itu, sekali gus mara ke final Grand Slam buat kali ke-30.

“Saya harus akui dia (Shapovalov) memberikan tentangan yang cukup sengit sepajang perlawanan ini. Dia melakukan servis yang bagus dan mungkin pemain lebih baik hari ini.

“Saya pasti, kita akan melihatnya beraksi di pentas utama dengan lebih kerap pada masa akan datang kerana dia seorang pemain yang hebat,” kata Djokovic yang memburu kejuaraan Wimbledon keenam.

Dalam aksi final pada Ahad, Djokovic akan membuat perhitungan dengan pemain No. 9 dunia, Matteo Berrettini yang menumpaskan Hubert Hurkacz dari Poland 6-3, 6-0, 6-7 (3/7), 6-4 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Jika menang ke atas Shapovalov, Djokovic akan meletakkan namanya sebaris legenda Switzerland, Roger Federer dan bintang handalan Sepanyol, Rafael Nadal yang telah memenangi 20 gelaran Grand Slam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!