Pahang catat 845 kes jenayah komersial

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Pahang merekodkan 845 kes jenayah komersial dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini melibatkan nilai kerugian lebih RM18 juta.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 645 kes namun jumlah kerugian lebih tinggi iaitu sebanyak RM21.7 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kes tipu paling tinggi iaitu 773 kes melibatkan kerugian RM15.3 juta tahun ini.

Menurutnya, bagi kes pecah amanah, 34 kes dilaporkan dengan nilai kerugian RM1.2 juta diikuti jenayah siber iaitu 13 kes membabitkan kerugian RM1.2 juta.

"Bagi kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang pula 10 kes dicatatkan dengan kerugian RM297,000 manakala dua kes membabitkan wang palsu dengan kerugian RM200, pemalsuan tiga kes dan tujuh melibatkan kes-kes lain," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, berbanding tempoh sama tahun lalu, sebanyak 589 kes tipu dicatatkan dengan angka kerugian RM20 juta diikuti, pecah amanah, 20 kes (RM1.6 juta), jenayah siber, 11 kes (RM124,467) dan wang palsu, tiga kes (RM4,183), kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang, 13 kes dan lain-lain kes, lima.

Tambah Mohd Wazir, daerah Kuantan mencatat nilai kerugian tertinggi dengan RM8.1 juta diikuti Bentong (RM4.69 juta), Temerloh (RM1.4 juta), Raub (RM702,179), Cameron Highlands (RM588,693), Rompin (RM570,352), Jerantut (RM496,914), Maran (RM420,930), Bera (RM376,132), Pekan (RM360,524) dan Lipis (RM182,701).

Artikel Berkaitan: