X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Gempa bermagnitud 6.2 gegar tengah Indonesia

Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi Utara, tengah Indonesia pada Sabtu.
A
A

JAKARTA - Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi Utara, tengah Indonesia pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan.

Gegaran paling kuat dirasai di daerah Kepulauan Sangihe, kata ketua operasi agensi pengurusan bencana daerah, Rivo Pudihang.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik buat masa ini.

Gempa itu melanda 7.43 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa di 112 kilometer (km) barat daya Melonguane, daerah Kepulauan Talaud pada kedalaman 10 km di dasar laut, katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!