X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Graduan UMT agih 100 bungkus nasi kukus percuma setiap hari

Syahiran mengagihkan nasi kukus kepada mereka yang hadir bermula jam 11 pagi hingga 4 petang dan kebanyakan penerima ini datang dari sekitar Tawang dan Kedai Lalat.
A
A

BACHOK - Seorang graduan Sains Gunaan Fizik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjalankan perniagaan nasi kukus volcano di Beris Kubur Besar mengambil inisiatif mengagihkan 100 bungkus nasi itu secara percuma setiap hari hari.

Syahiran Hilmin, 35, berkata, ia bertujuan membantu golongan yang terkesan dengan serangan pandemik Covid-19 ketika ini.

"Ini merupakan sumbangan kecil saya kepada mereka yang memerlukan. Saya akui pandemik Covid-19 memberikan impak kepada semua terutama mereka yang bekerja sendiri dan bergaji hari.

"Jadi saya harap usaha ini dapat memberikan sedikit kelegaan buat mereka yang memerlukan selain dapat berkongsi rezeki," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Menurutnya, nasi percuma itu diagihkan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang dan kebanyakan penerima ini datang dari sekitar Tawang dan Kedai Lalat.

Katanya, selain itu dia turut menawarkan nasi kukus berharga RM1 untuk 30 pelanggan terawal.

Syahiran berkata, harga RM1 itu sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan yang menyokong perniagaan nasi kukusnya sejak beroperasi enam tahun lalu itu.

"Sokongan orang ramai menjadi azimat untuk saya membantu golongan yang memerlukan daripada hasil keuntungan jualan nasi kukus ini," katanya.

Sementara itu seorang pelanggan Norzianah Yunan,49, menyambut baik usaha yang boleh menceriakan golongan yang sedang terjejas ketika ini.

"Saya berharap peniaga lain dapat mengikut langkah yang telah ditunjukkan oleh Syahiran," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!