'England dalam ketakutan'

England bakal berdepan cabaran sukar untuk menjinakkan Itali.
England bakal berdepan cabaran sukar untuk menjinakkan Itali.
A
A
A

BEKAS pertahanan Itali, Marco Materazzi percaya England berada dalam tekanan dan ketakutan untuk menghadapi skuad Gli Azzurri dalam aksi final Euro 2020 di Stadium Wembley pada awal pagi Isnin ini.

Menurutnya, dia melihat situasi sama dialami England seperti yang berlaku kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2006 apabila Itali berjaya menundukkan Die Mannschaft ketika aksi di Signal Iduna Park.

"England akan bermain di laman sendiri seperti Jerman pada 2006. saya ingat lagi wajah-wajah pemain Jerman di lorong stadium dan mereka sangat ketakutan menghadapi Itali.

"Kami saling memberitahu satu sama lain bahawa mereka takut dan mereka benar-benar merasakannya. Kami mempunyai seorang yang menerjemahkan kata-kata pemain Jerman di atas padang dan mereka saat itu merasakan tekanan.

"Saya sempat melihat wajah-wajah pemain England setelah gol Denmark pada perlawanan separuh akhir Euro baru-baru ini dan ia wajah ketakutan sama yang saya lihat ketika kami menewaskan Jerman.

"Saya rasa Roberto Mancini perlu menunjukkan ketakutan England itu kepada pemain untuk memastikan ia dapat meningkatkan semangat para pemain Itali," katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 27 kali dalam sejarah pasukan dengan Itali lebih unggul merekodkan 11 kemenangan, manakala England dengan hanya lapan kemenangan manakala bakinya berakhir dengan keputusan seri.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam kejohanan besar adalah pada Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Itali berjaya menunduukan England di peringkat kumpulan.

Artikel Berkaitan: