Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang?

Wan Fauzuldin mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memusnahkan pokok durian di hutan simpan di Raub selepas berpuluh tahun ia ditanam di kawasan terbabit. Gambar kecil: Wan Fauzuldin Wan Samat
Wan Fauzuldin mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memusnahkan pokok durian di hutan simpan di Raub selepas berpuluh tahun ia ditanam di kawasan terbabit. Gambar kecil: Wan Fauzuldin Wan Samat
A
A
A

KUANTAN- Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memusnahkan pokok durian di hutan simpan di Raub selepas berpuluh tahun ia ditanam di kawasan terbabit.

Menurutnya, mengapa tindakan itu baru diambil oleh kerajaan negeri terhadap peneroka terbabit.

"Kita ingin bertanya, dulu boleh dan tidak disentuh, tetapi disaat rakyat sedang menolak kerajaan sekarang ini, mengapa ia ditimbulkan.

"Paling memeningkan kita, bila ia dikaitkan dengan DAP. Lebih pening lagi, ia muncul di era Ahli Parlimen Raub itu daripada DAP walaupun Melayu, sedangkan berpenggal-penggal sebelum itu Parlimen Raub itu diwakili oleh MCA daripada kaum Cina dan ketika MCA jadi MP Raub, tiada kebun durian musang king yang ditanam di tanah haram? Jadi haram bila DAP jadi MP," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Operasi di Hutan Simpan Batu Talam tenang, terkawal

Dalam pada itu, beliau juga bersetuju dengan kenyataan Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar.

"Ada benarnya kenyataan Ketua MNS, Noor Jehan dalam Sinar Harian baru-baru ini yang berkata, ada dalang dari dalam yang 'menghalalkan' penerokaan dan pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini iaitu "perasuah perlu ditebang, bukannya pokok durian".

"Kenyataan beliau itu selari dengan kenyataan tegas daripada Ketua Gerak Nasional, Datuk Mohamad Ezam Noor yang menyatakan isu pencerobohan tanah oleh pekebun-pekebun di Raub itu lebih kepada mahu mencetuskan isu perkauman bukannya mahu menyiasat sepenuhnya mengapa perkara itu dibiarkan berpuluh tahun yang lalu," ujarnya lagi.

Tambah Wan Fauzuldin, kenyataan daripada kedua tokoh tersebut sukar untuk dinafikan apabila beliau melihat kembali ke belakang beberapa tahun yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kerajaan negeri juga pernah menjayakan pesta dan karnival durian di Raub, bahkan pernah dibawa ke ibu kota, Kuala Lumpur dalam pesta durian.

"Bagaimana mungkin durian-durian dari 11,000 hektar di Raub yang dibawa untuk karnival yang turut dihadiri oleh MB Pahang itu datangnya dari 'tanah haram'? Persoalannya, benarkah pekebun itu menceroboh tanah haram atau diberi kebenaran untuk berkebun tetapi bukan percuma," tegasnya lagi.

Sementara itu, Wan Fauzuldin meminta supaya kerajaan negeri telus dalam perkara tersebut.

"Cukuplah bermain dengan isu perkauman. Jika mahu telus, buatlah setelusnya bukan separuh masak. Jangan ada tuduhan terpilih. Gunakan budi bicara bila menghukum dan letakkan keadilan itu pada tempatnya.

"Jangan dimusnahkan hasil yang ALLAH turunkan hanya kerana mengikut nafsu amarah dan kepentingan politik semata-mata," jelasnya.