X

Kindly register in order to view this article
!

Gadis cari bapa kandung jadi wali nikah

Nurhidayah
A
A

BESUT – Seorang gadis berharap orang ramai dapat membantu mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai nanti.

Nurhidayah Hasim, 26, dari Kampung Pasir Akar berkata, dia tidak tahu di mana bapanya, Hasim Abdullah berada kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu sejak dilahirkan.

Menurutnya, ibu kandungnya, Nurdiana Yunus menyerahkan dia kepada keluarga angkat iaitu Mohd Nasir dan Fatimah selepas dilahirkan di Hospital Besut dan pasangan suami isteri itu menjaganya sehingga sekarang.

“Mengikut cerita keluarga angkat, sewaktu ayah dan ibu kandung berkahwin, ayah saya yang merupakan warganegara Thailand bekerja sebagai buruh di ladang sawit Kampung Tayor, Sungai Tong dan ibu berasal dari Sungai Tong, Setiu.

“Ayah dan ibu saya kemudian berpisah sewaktu saya baru dilahirkan. Sejak saya lahir ibu ada datang beberapa kali jenguk ketika saya kecil tapi ayah tidak pernah datang sampailah sekarang,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Nurhidayah berkata, mereka sekeluarga sudah berusaha menjejaki bapa kandung dan saudara maranya lain di semua tempat, namun tidak berhasil.

Katanya, dia juga terputus hubungan dengan ibunya selepas berkahwin lain dan berhijrah ke Johor.

“Saya kini buntu mahu cari ayah di mana dan berharap ayah kandung atau mana-mana pihak yang mengenali serta tahu lokasi ayah tinggal dapat hubungi saya di talian 019-3864199.

“Besar harapan supaya ayah ditemui dan dapat mewalikan pernikahan saya nanti,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!