X

Kindly register in order to view this article
!

Kes bunuh diri: Selangor junjung titah Sultan Sharafuddin

Kenyataan media Mohd Zawawi yang menjunjung titah Sultan Sharafuddin yang mengingatkan umat Islam menghayati kandungan khutbah Jumaat bertajuk, 'Tuntutan Memelihara Nyawa'.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan umat Islam menghayati kandungan khutbah Jumaat bertajuk, 'Tuntutan Memelihara Nyawa' yang dibacakan oleh khatib di setiap masjid seluruh negeri ini pada Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kerajaan negeri berpandangan titah baginda itu bukan sahaja ditujukan kepada individu yang sedang dilanda masalah dan terfikir untuk membunuh diri, sebaliknya meminta masyarakat sekeliling supaya turut mengambil perhatian.

"Ahli keluarga perlu sentiasa prihatin dan pantas bertindak bersama-sama memberikan bantuan serta jangan biarkan mereka bersendirian yang memungkinkan pelbagai tindakan berbahaya," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor ingatkan umat Islam jauhi tindakan bunuh diri

Mohd Zawawi berkata, pihaknya mengulangi komitmen untuk sentiasa bersama-sama membantu masalah rakyat di negeri ini melalui pelbagai agensi dan saluran kerajaan negeri Selangor.

Keratan Sinar Harian berkaitan titah Sultan Selangor mengingatkan umat Islam jauhi tindakan bunuh diri.
Keratan Sinar Harian berkaitan titah Sultan Selangor mengingatkan umat Islam jauhi tindakan bunuh diri.

"Kerajaan negeri memerlukan bantuan masyarakat untuk melaporkan segera mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan moral kepada pihak berkenaan.

"Tanpa sokongan rakyat di setiap lapisan masyarakat tidak mungkin kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan segera pada masa yang diperlukan.

"Bersamalah kita membendung dan memutuskan rantaian Covid19 berserta ikhtiar, doa dan harapan yang tidak putus-putus," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Sultan Sharafuddin mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menjauhi tindakan bunuh diri yang merupakan satu dosa besar dan dilarang oleh syarak.

Sultan Sharafuddin bertitah, Islam melarang hambanya membunuh diri dan tindakan berkenaan juga adalah dianggap mengkhianati amanah yang diberikan oleh ALLAH SWT.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)



Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!