73.4 peratus golongan dewasa di KL terima suntikan vaksin

Annuar Musa Gambar kecil: Statistik jumlah penerima vaksin dos pertama setakat Jumaat lalu.
Annuar Musa Gambar kecil: Statistik jumlah penerima vaksin dos pertama setakat Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73.4 peratus golongan dewasa di Kuala Lumpur telah menerima suntikan vaksin dos pertama setakat ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Kuala Lumpur kini telah melepasi angka sasaran 1.3 juta penerima suntikan dos pertama vaksin.

Menurut Annuar, beliau akan mencadangkan aktiviti sosial dan ekonomi dibuka sebaik angka 80 peratus lengkap dua dos vaksin dicapai.

"Sebaik mencecah 80 peratus dua dos, saya akan mencadangkan aktiviti ekonomi dan sosial mula di buka dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

"Sementara kes positif ditumpu pada kategori tiga dan empat," menurut ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Annuar sebelum ini menyasarkan 80 peratus warga Kuala Lumpur akan menerima suntikan vaksin penuh menjelang 31 Ogos depan.

Dalam usaha mencapai imuniti kelompok itu, pelbagai program giat dilaksanakan termasuk Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dan penglibatan daripada beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada.

Artikel Berkaitan: