Rugi RM44,925 diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Seorang pekerja sebuah kilang kerugian RM44,925 akibat terperdaya dengan tawaran keuntungan lumayan satu skim pelaburan tidak wujud.
Seorang pekerja sebuah kilang kerugian RM44,925 akibat terperdaya dengan tawaran keuntungan lumayan satu skim pelaburan tidak wujud.
A
A
A

KUANTAN- Seorang pekerja sebuah kilang kerugian RM44,925 akibat terperdaya dengan tawaran keuntungan lumayan satu skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sosial Facebook pada Selasa.

Mangsa berusia 58 tahun itu berminat untuk menyertainya selepas tertarik dengan keuntungan sehingga RM7,800 dalam tempoh 24 jam dengan modal serendah RM350 (pakej silver).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada hari sama, mangsa membuat pembayaran secara pindahan wang dalam talian ke sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki.

Menurutnya, teruja dengan peluang keuntungan berlipat kali ganda, mangsa telah menambah modal pelaburan sehingga RM44,950 melalui 12 transaksi pembayaran.

"Selepas bayaran dibuat, mangsa mendakwa gagal menerima wang keuntungan seperti dijanjikan sebaliknya dia diminta membuat bayaran tambahan RM17,000," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang curiga dan syak telah ditipu membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Jumaat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: