Tiada maklumat pihak ambil kesempatan

Exco Kerajaan Selangor, Dr Mariah Mahmud menziarahi Khatijah yang kini duduk di rumah ibu saudaranya. (Gambar kecil: Khatijah)
Exco Kerajaan Selangor, Dr Mariah Mahmud menziarahi Khatijah yang kini duduk di rumah ibu saudaranya. (Gambar kecil: Khatijah)
A
A
A

PUCHONG - Akaun bank milik isteri kepada pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang maut dalam kemalangan tiga lori di Slim River, Sabtu lalu dibekukan.

Menurut Khatijah Abdul Karim, 36, akaun peribadinya itu dibekukan susulan jumlah transaksi yang tinggi hasil sumbangan orang awam sejak suaminya meninggal dunia Sabtu lalu.

Khatijah berkata, hal itu disedari semalam namun belum berkesempatan untuk menyelesaikan hal itu kerana kesibukan.

Tambahnya, dia tidak mempunyai maklumat ada pihak yang mengambil kesempatan susulan kejadian itu dengan membuat kutipan atas namanya.

"Memang ramai yang buka tabung untuk beri sumbangan termasuk kumpulan dari pemandu-pemandu lori yang sememangnya ramai berkawan dengan arwah.

"Saya tak pasti jika ada yang salah guna atau ambil kesempatan tapi setakat ini saya belum menerima apa-apa maklumat mengenai hal itu.

"Saya pun tak duduk di rumah sendiri dan menumpang di rumah ibu saudara, jadi mungkin ada pihak yang dah buat kutipan cuma belum dapat nak serahkan kepada saya," katanya.

Terdahulu tular di media sosial apabila terdapat pihak yang membuka kutipan tabung untuk keluarga mangsa namun menggunakan akaun masjid menimbulkan keraguan hal saluran dana.

Artikel Berkaitan: