X

Kindly register in order to view this article
!

Perjuangan Three Lions belum selesai

Pemain-pemain Three Lions meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Euro 2020 selepas menyingkirkan Denmark di Stadium Wembley. - Foto UEFA Euro 2020
A
A

TONGGAK tengah England, Jordan Henderson memuji semangat juang The Three Lions ketika bangkit menundukkan Denmark 2-1 dalam aksi separuh akhir Euro di Stadium Wembley pada awal pagi Khamis lalu.

Namun, Henderson mengingatkan rakan-rakan sepasukannya kejayaan mara ke final Euro kali ini masih belum membuktikan status sebenar mereka selagi belum mengesahkan kejuaraan.

“Dalam bola sepak inilah yang berlaku. Perkara utama, bagaimana tindak balas anda selepas ketinggalan satu gol dan setiap pemain telah mempamerkan respons yang baik.

“Sekarang kami harus melupakan seketika kemenangan ke atas Denmark kerana tugas kami belum selesai. Kami harus beraksi dengan lebih baik apabila berdepan Itali nanti,” katanya.

Biarpun mengakui England sedang mengharungi fasa terbaik bagi mengakhiri kemarau kejuaraan sejak menjuarai Piala Dunia 1966, Henderson tetap mahu The Three Lions berwaspada apabila berdepan Itali.

“Aksi final ini tidak hanya penting kepada kami sebagai satu pasukan tetapi juga untuk negara ini yang kembali berada di pentas final buat pertama kali setelah sekian lama.

“Ia satu perasaan yang sukar digambarkan. Tetapi pada penghujungnya, kami belum memperoleh apa-apa, jadi kami akan cuba untuk memenangi perlawanan itu nanti.

“Kami mengetahui kemampuan mereka, ini adalah ujian yang sukar bagi kami tetapi kami yakin dapat menunjukkan prestasi yang terbaik.

“Paling penting, kami harus kekal berdisiplin sepanjang perlawanan dan mengikut taktikal yang diatur jurulatih,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!