X

Kindly register in order to view this article
!

Mancini ubah karakter The Azzurri

The Azzurri berjaya bangkit selepas mendapat suntikan semangat daripada Roberto Mancini. - Foto UEFA Euro 2020
A
A

KEGAGALAN melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia menjadi antara faktor utama Itali kembali bangkit menjadi antara pencabar utama pada kempen Euro 2020.

Kapten Itali, Giorgio Chiellini berkata, The Azzurri berjaya bangkit selepas mendapat suntikan semangat daripada Roberto Mancini yang mula mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sejak kegagalan tersebut.

“Itulah misi yang dia (Mancini) terapkan dalam jiwa setiap pemain Itali sejak tiga tahun lalu sehinggalah kami mara ke pentas final Euro kali ini.

“Apabila dia mula menyuruh kami menerapkan keazaman menjulang kejuaraan Euro, kami mula terfikir yang dia kurang waras pada masa itu.

“Namun kini akhirnya kami hanya satu sentimeter untuk mendakap trofi berkenaan. Siapa sangka kami dapat bangkit dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya.

Mengulas pertemuan menentang England dalam aksi final di Stadium Wembley pada awal pagi Isnin ini, Chiellini mengakui The Three Lions memiliki kelebihan apabila beraksi di gelanggang sendiri.

“England memiliki barisan pemain berkualiti selain tersusun dalam gaya permainan mereka. England bukan lawan mudah dan mereka sukar untuk dikalahkan.

“England juga bukan hanya berkisar kepada Harry Kane tetapi beberapa pemain lain. Mereka memiliki pemain yang mampu mengubah situasi perlawanan,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!