FGV lantik bekas CEO Felcra Mohd Nazrul sebagai CEO Kumpulan

No Image Caption
A
A
A

FGV Holdings Bhd melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felcra Bhd Mohd Nazrul Izam Mansor sebagai CEO Kumpulan baharunya berkuat kuasa 23 Ogos, 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat perladangan itu berkata, Pengarah Bahagian Logistik dan Sokongan Kumpulan FGV, Azman Ahmad, yang kini merupakan pegawai yang bertanggungjawab (OIC) merangkumi tugas dan tanggungjawab CEO Kumpulan, akan berhenti sebagai OIC pada 22 Ogos, 2021.

“Mohd Nazrul mempunyai pengalaman selama lebih 22 tahun dalam pelbagai kapasiti dalam beberapa industri yang berbeza.

“Beliau memulakan kerjayanya dengan dua firma perakaunan awam dan terlibat dalam pelbagai tugasan audit dan jaminan untuk syarikat awam dan swasta sederhana hingga besar,” menurut FGV.

Mohd Nazrul turut memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko, perancangan korporat dan merupakan Pembantu Eksekutif kepada CEO sehingga 2007 apabila beliau menyertai Padiberas Nasional Bhd pada 2002.

Sebelum dilantik, Mohd Nazrul merupakan CEO Kumpulan di Felcra Bhd sejak 22 Oktober, 2018. - Bernama

Artikel Berkaitan: