Kita kecewa... kita penat... kita lesu tetapi sabarlah: Chong Wei

Chong Wei dan isteri, Mew Choo selepas melengkapkan dos kedua vaksinasi masing-masing pada Jumaat. - Foto FB Lee Chong Wei
Chong Wei dan isteri, Mew Choo selepas melengkapkan dos kedua vaksinasi masing-masing pada Jumaat. - Foto FB Lee Chong Wei
A
A
A

BEKAS pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei percaya usaha memutuskan rantaian Covid-19 akan berjaya sekiranya semua pihak bersama-sama memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

"9,180 kes ini hari, sememangnya kita kecewa... kita penat... kita lesu, tetapi sabarlah... #kitaadakita.

"Tidak senang, tapi kalau semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing, kemenangan atas wabak Covid-19 akan menjadi kenyataan," kata Chong Wei di laman Facebooknya.

Untuk rekod status terkini kes harian Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 9,180 kes baharu dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Secara keseluruhannya, jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 817,838 kes.

Untuk kes sembuh harian pula adalah 5,713 kes dengan keseluruhan kes sembuh sebanyak 731,193 kes.

Bagi kematian pula, sebanyak 77 kes harian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan kematian adalah 5,980 kes.

Chong Wei dan isteri Datin Wong Mew Choo pada Jumaat melengkapkan dos kedua vaksinasi masing-masing berterima kasih kepada pihak pentadbiran dan barisan depan yang bertungkus lumus memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Chong Wei mengajak rakyat Malaysia: "Jom! Ayuh ambil vaksin!

"Semoga tidak lama lagi, kembalilah kita ke dunia yang dikenali semua," katanya.