X

Kindly register in order to view this article
!

Beroperasi tanpa kebenaran, dua premis dikompaun RM50,000

A
A

KLANG - Padah menjalankan operasi tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dua premis antaranya melibatkan kilang memproses sarung tangan dan barangan lusuh dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 di Kapar pada Jumaat.

Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman, Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, kedua-dua majikan premis tersebut diambil tindakan menerusi Op Patuh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

"Selain beroperasi tanpa kebenaran MITI, polis turut mengeluarkan saman kepada majikan terbabit kerana gagal memastikan pekerjanya mematuhi SOP dengan memakai pelitup mulut dan hidung.

"Selain itu, saman turut dikeluarkan kepada majikan kerana gagal memastikan pekerjanya mematuhi SOP melibatkan sebuah premis palet plastik di Bandar Sultan Suleiman dan seorang pekerja kerana bekerja tanpa kebenaran," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, operasi bersepadu itu melibatkan gabungan anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan(PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA), tugas am dan Unit Udara PDRM yang memantau dari udara.

"Melalui operasi di darat dan udara ini polis dapat memastikan tiada orang yang lolos daripada pemeriksaan polis," katanya.

Menurutnya, apa yang dikesalkan adalah masih terdapat majikan menjalankan operasi di premis mereka tanpa kebenaran MITI.

"Selagi ada majikan sedemikan menyebabkan kita sukar untuk mengawal penularan Covid-19," katanya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!