'Masih ada yang berhati mulia'

Dr Zulkifli (tengah) berdoa semoga urusan lelaki itu dipermudahkan sebelum menyerahkan sumbangan kepadanya pada Jumaat.
Dr Zulkifli (tengah) berdoa semoga urusan lelaki itu dipermudahkan sebelum menyerahkan sumbangan kepadanya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang bapa terpaksa berdepan dugaan yang datang bertimpa-timpa apabila bukan sahaja terpaksa berpisah dengan anaknya malah turut dihalau keluar dari bilik sewa.

Lelaki berasal dari Taiping, Perak itu berkata, dia hanya mampu berdoa selain begitu merindui anaknya yang terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga angkat.

Katanya, perkara tersebut terpaksa dilakukan kerana sedar dia tidak mampu membesarkan zuriatnya dalam situasi sekarang.

Kisah lelaki berkenaan dikongsi Yadim di Facebook selepas menyampaikan sumbangan melalui TeleBantuan pada Jumaat.

Lelaki itu tidak dapat menyembunyikan rasa sebak selepas doa yang dipanjatkan memohon agar dia diberikan pertolongan akhirnya dimakbulkan.

“Masih ada orang berhati mulia macam tuan-tuan.

"Betullah, Tuhan tak tidur. Saya berdoa saban waktu agar diberikan pertolongan," katanya ketika menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada Jumaat.

Kesukaran yang dihadapi oleh lelaki itu mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dalam kesibukannya hadir sama dan menyampaikan sumbangan wang tunai.

Artikel Berkaitan:

“Zulkifli juga menyampaikan kata-kata semangat kepadanya agar tabah mendepani kehidupan,” ujarnya.

Yadim memaklumkan bantuan tersebut merangkumi bayaran sewa bilik dan barangan keperluan untuk tempoh sebulan.

Jelasnya, talian hotline TeleBantuan itu kini dibuka kepada yang memerlukan bantuan dan boleh menghubungi www.wasap.my/60132920214/Musaadahyadim.