MOF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap KPMG PLT

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai 2021.

Jurucakap rasmi MOF berkata, kerajaan Malaysia, Menteri Kewangan (Diperbadankan), 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan empat anak syarikat 1MDB merupakan plaintif dalam perkara berkenaan.

“Tuntutan tersebut berkaitan dengan kerja-kerja audit 1MDB oleh KPMG bagi tempoh 2010 hingga 2012.

“Oleh kerana kes ini sudah difailkan di mahkamah, MOF tidak dapat memberikan komen lebih lanjut bagi mematuhi peraturan sub judice,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan MOF bagi menjawab pertanyaan mengenai tindakan undang-undang yang difailkan terhadap firma perakaunan Malaysia, KPMG PLT itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: