Seremban daerah paling tinggi kes baharu Covid-19 di NS

Statistik Covid-19 di Negeri Sembilan pada Jumaat.
Statistik Covid-19 di Negeri Sembilan pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 899 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Negeri Sembilan pada Jumaat menjadikan jumlah kumulatif kes ialah sebanyak 51,213 kes.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar negeri, S Veerapan berkata, daripada jumlah tersebut, daerah Seremban mencatatkan kes paling tinggi iaitu sebanyak 696 kes.

Beliau berkata, daerah Port Dickson pula mencatatkan 89 kes, selain Jempol (40), Kuala Pilah (35), Rembau (21) dan Tampin (lapan).

Menurutnya, sebanyak lima kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 461 kes.

"Pertambahan 899 kes baharu hari ini turut membabitkan penambahan satu lagi kluster iaitu kluster tapak bina Bidara dengan merekodkan sebanyak 75 orang positif Covid-19.

"Ini menjadikan terdapat 60 kluster iaitu 52 kluster tempatan dan lapan kluster import yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

"Terdapat 9,060 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah iaitu jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, terdapat penambahan kes pada semua kluster industri di mana paling tinggi dicatatkan ialah dalam kluster industri Lorong Senawang Empat membabitkan sebanyak 149 orang positif.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia membabitkan seramai 148 pekerja warga asing dan seorang pekerja tempatan.

"Kluster Industri Senawang pula terdapat 37 penambahan menjadikan jumlah pekerja yang disahkan positif Covid-19 ialah seramai 1,751 orang," kata beliau.