ABIM seru masyarakat hulur bantuan bekal peralatan hospital

ABIM menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membekalkan peralatan dan keperluan hospital yang semakin terhad.
ABIM menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membekalkan peralatan dan keperluan hospital yang semakin terhad.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM) menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membekalkan peralatan dan keperluan hospital yang semakin terhad.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia berikutan pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa sistem kesihatan negara bakal lumpuh jika kes Covid-19 tidak berkurangan.

Menurutnya, ABIM bersama lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai agama menggerakkan kempen mengumpul dana untuk membekalkan peralatan dan keperluan hospital, di samping menyatukan seluruh rakyat demi mendukung sistem kesihatan negara.

Tambahnya, antara jenis bantuan yang digerakkan ialah mesin pengudaraan mudah alih di unit rawatan rapi (ICU), High Floor Nasal Cannula, katil hospital, katil di unit ICU, pam picagari, pam infusi, pelitup muka jenis N95 dan lain-lain.

"Setakat ini kami telah membekalkan keperluan utama di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan lain-lain.

"Orang ramai boleh memilih mana-mana platform menderma iaitu di pautan https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/ atau melalui JomPay dengan kod 29058, letakkan nama pada rujukan pertama serta Support FL dalam rujukan kedua.

"Sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan wang tunai ke akaun Global Peace Mission (GPM) di akaun Bank Islam (14-023-01-002-922-4); Maybank Islamic (5642-2161-1602); Affin Islamic (1051-9000-2871) atau CIMB Islamic (8603-5325-13) dan meletakkan Support FL sebagai rujukan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: