Skuad B-23 berdepan laluan mudah pada aksi kelayakan Piala Asia

Keputusan undian kelayakan Piala Asia B-23.
Keputusan undian kelayakan Piala Asia B-23.
A
A
A

SKUAD B-23 kebangsaan, dijangka berdepan laluan mudah untuk mengisi slot ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 berdasarkan kepada undian pusingan kelayakan yang dibuat pada Jumaat.

Berdasarkan undian, skuad negara yang diletakkan bersama-sama Thailand, Laos serta tuan rumah, Mongolia dalam Kumpulan J, bagi aksi kelayakan berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober.

Skuad negara dilihat tidak berdepan masalah untuk berdepan lawan masing-masing dan seterusnya menempah slot ke pusingan akhir kejohanan berkenaan kelak.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara pada pusingan akhir kejohanan berkenaan adalah pada edisi 2018 lalu apabila mara ke suku akhir sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan yang kemudiannya muncul juara kejohanan berkenaan.

Skuad negara juga gagal layak ke edisi 2020 apabila hanya menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang China dan gagal berada dalam kalangan empat pasukan tempat kedua terbaik.

Kali ini undian bagi Korea Selatan juga dilihat mudah apabila diundi bersama-sama Singapura, Timor Leste dan Filipina dalam Kumpulan H manakala naib juara edisi 2020, Arab Saudi pula diundi bersama Bangladesh, Kuwait dan Uzbekistan dalam Kumpuulan D.

Artikel Berkaitan: