Op Bantu: Warga PDRM terkesan PKPD turut dibantu

Hasyim (kiri) menyerah sumbangan pelitup muka kepada Baharudin.
Hasyim (kiri) menyerah sumbangan pelitup muka kepada Baharudin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 70 anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima sumbangan barang keperluan harian sempena Op Bantu, pada Jumaat.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib bersama Timbalannya, Superintendan Ramsay Anak Embol.

Menurut Baharudin, selain masyarakat setempat beliau percaya ada dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memerlukan bantuan dari segi kebajikan untuk menjalani kehidupan ketika pelaksanaan PKPD.

Baharudin (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada anggota yang turut terkesan dalam perlaksanaan PKPD.
Baharudin (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada anggota yang turut terkesan dalam perlaksanaan PKPD.

"Program hari ini untuk keluarga PDRM dan InsyaALLAH pada minggu hadapan tumpu semula kepada keluarga yang pernah mengibarkan bendera putih sebelum ini.

"Minggu lepas mereka menerima bantuan dan bantuan itu mungkin tidak mencukupi. Pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, IPD Shah Alam menerima sebanyak 1,200 pelitup muka disumbangkan oleh Karangkraf Medicare disampaikan oleh Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Sinar Karangkraf, Hashim Anang.

Artikel Berkaitan: